? ??????????????Don't Look Back? ????? ?? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??10 Grabs Today. 1664 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Luck 'O The Buterflies? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??3 Grabs Today. 262 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 7, 2009

ibu dan ayah..

Rahim ibu adl tempat buaian yg pertama di dunia ini. Air susu menjadi sumber makanan yg menumbuhkan jasadnya. Kasih sayang ibu adl ketenangan yg selalu dia rindukan. Kerelaan ibu utk berjaga membuat nyenyak tidurnya. Kegelisahan ibu menyisakan kebahagiaan untuknya.Timangan sang ayah dirasakan sebagai kekokohan. Perasan keringat ayah memberikan rasa kenyang dan hangat bagi dirinya. Doa-doa yg mereka panjatkan menjadi sebab segala kebaikan yg didapatinya. tdk terhingga dgn hitungan jemari utk merunut kembali segala kebaikan yg mereka curahkan utk buah hati mereka.Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan hak bagi kedua orang tua utk diberikan bakti kelembutan penjagaan dan kasih sayang dan Allah kuatkan hak ini dgn mengiringkan setelah hak-Nya Subhanahu wa Ta’ala krn hak orang tua mengandung pemuliaan dan pengagungan. Bahkan di dlm Kitab-Nya yg mulia termaktub berbilang ayat yg memberikan wasiat dan mendorong utk berbakti kepada orang tua serta menjanjikan banyak kebaikan bagi seorang yg berbakti dan mengancam dgn balasan yg akan menimpa orang yg mendurhakai ayah bundanya.Di antara sekian banyak ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan beribadahlah kepada Allah dan janganlah kalian menyekutukan-Nya dgn sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua.”Dalam kalam-Nya ini Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan utk beribadah hanya kepada-Nya semata dan tdk menyekutukan-Nya krn Dialah Al-Khaliq Ar-Raziq Al-Mun’im yg memberikan keutamaan kepada makhluk-Nya tiap saat dan tiap keadaan. Oleh krn itu Dialah yg berhak utk diesakan dan tdk disekutukan dgn sesuatu pun dari kalangan makhluk-Nya. Hal ini sebagaimana yg dikatakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Mu’adz bin Jabal radhiallahu ‘anhu:} قَالَ : اللهُ وَرَسُوْلُهُُ أَعْلَمُ. قَالَ } ثُمَّ قَالَ }“Tahukah engkau apa hak Allah atas hamba-Nya?” Mu’adz menjawab “Allah dan Rasul-Nya lbh mengetahui.” Beliau berkata “Yakni beribadah hanya kepada-Nya dan tdk menyekutukan-Nya dgn sesuatupun.” Kemudian beliau berkata lagi “Tahukah engkau apa hak hamba atas Allah bila mereka melaksanakannya? Allah tdk akan mengadzab mereka.”Setelah itu Allah Subhanahu wa Ta’ala mewasiatkan utk berbuat baik kepada kedua orang tua krn Allah jadikan kedua sebagai sebab keluar seseorang dari ketiadaan menjadi ada.Oleh krn itu semesti semenjak dini kedua orang tua mulai menanamkan hal ini kepada putra-putri mereka mengiringi pengajaran tentang keimanan terhadap Rabb mereka. Inilah pula yg dilakukan oleh Luqman yg mengiringi wasiat kepada anak utk beribadah kepada Allah semata dgn wasiat utk berbuat baik kepada kedua orang tua.

Thursday, September 17, 2009

cAmat aRi ghAyer cmUer..!!

assalamualaikum..
pejam celik pejam celik, dah sebulan kiter cmue pOse..
walaupun ader yg x cukup..hik3! :) sebulan ni lah, kiter diuji dgn pelbagai dugaan, ujian dan cabaran yang lebih dari biasa..tapi andai kater semua ni kiter dapat 'handle', raya yang menjelang lebih terasa meriahnyer cOz merayakan kemenangan setelah puaz 'berperang'.. huhu..suke suke jgk, tapi jgn lupa pada yg telah tiada, sedekahkn Al-Fatihah kpd ahli keluarga yg telah pergi.... :( atien rndukan mak angkat atien..mak atien pergi, tanpa sempat jumpa atien.. atien hnye sempat melihat wajahnyer yg dah sejuk dan tenang..mak..atien syg mak..dah, xmo cdey2 lg..life must go on..
so, di bulan yang mulia ni, atien mintak maaf pd semua..family, sdara mara, pensyarah2, kwn2 especially farah ain, myra, eqa, syidah,teha..maaf kalo aku ader salah silap, terkasar bahasa, ketahuilah..xder niat untuk melukakan hati kOrang..maafkan aku dari hujung rambut smpai hujung kaki..aku sayang korang semua..
sekian saje..
wassalam..

Sunday, August 16, 2009

nafaz terakhiR ketika sujud..

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"Malaikat-malaikat itu menjawab:"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lamalagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...***********Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Tuesday, August 4, 2009

maafkan aku wahai teman..


teman..kadang kala ku dahagakan perhatian mu..

sehingga mengabaikan keperluan mu..

kadang kala ku pinta masa mu sehingga,

sehingga aku mencuri kelapangan masa mu..

seringkali ku pinta kau mengerti..

sedangkan ku tak pernah berusaha untuk memahami..

seringkali ku pinta kesempurnaan mu..hingga ku lupa..

ku juga punyai kekurangan..

semusin ukhuwah kita, terlalu banyak duka yang kau telan..

maafkan aku teman..

andai ku sering lakarkan warna pudar dalam hidup mu..

maafkan daku kerana tidak dapat menjadi sahabat yang baik..

terima kasih kerana pernah meletakkan ku di sudut hati mu..

maafkan aku..

sEdarlah wahai insAn yang bergelar mAnusia..

seangkuh dan sehebat mana pun kamu,

ke sejadah jua dahi mu sujud..

seindah dan semahal mana pun pakaian kamu,

secarik kain dan secebis kapas jua yang membaluti mu..

sebesar dan seindah mana pun kediaman kamu,

sekujur badan yang dalam gelap jua tempat tinggal mu..

seramai mana pun sahabat kamu dan sebanyak mana harta kamu,

tetap kamu keseorangan disana dan amalan ibadat kamu jadi teman mu disana..

semoga Allah beri kita kekuatan dalam membuat perubahan yang baik dalam hidup kita..amin ya rabbal alamin..

Friday, July 31, 2009

bestfrenz!!



ni pulak aku punye best pals!! nama farah Ain.. dia lah yang same2 dgn aku ketika susah dan senang..yang sentiasa menyokong aku, percayakan aku..susah nak dapat kawan macam ni..luv u ding!! hehe..

housemate..


ni lah housemate aku..
semua amek course yang same..hehe..
da setahun kiteorg same..
walaupun kadang2 ader salah faham, tapi alhamdulillah kiteorg xder bermasam muka.. kiterorg srill frenz..frenship forever buddy!!

Friday, July 24, 2009

ayah n ibu yang tercintA!!


ni lah 2 orang insan yang amat saya cintai..ayah n ibu kiter.. nama ayah kiter Alias Bin A. Karim..lahir pada 28.9..ayah kiter ni da macam member, kadang2 terlupa dia ni ayah kiter..malam2 kuar 'ngertih' dgn dia pun xpe..ayah kiter keje sebagai pembantu tadbir kat JPJ Muar..nak amek lesen senang..hehe..ibu kiter pulak namanYer Norlela Bt Sharif, lahir pada 24.01..mak kiter garang ckit tapi dia memang baik..mak kiter keje kat Pejabat Tanah Muar, urusan tanah ni serah jer kat dia..hehe..tapi walau ape pun, mereka lah orang yang paling kiter sayang, tanpa mereka, siapa lah kita..huhu..cdeynyer..

proFiL ninja


assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..nama ana Fatin Binti Alias..umO 19 tahun, muda lagi tu..ana berasal dari muar johor..ana lahir pada 11.9.1990 kat hospital muar..ana anak kedua dari 4 beradik, dimana semua adik beradik ana perempuan..ana punye mkanan fevret? hurm..mestilah masakan ibu kiter..minuman pulak apple jus..hobi? kacO orang, berangan..kiter skang study kat KUIM.. tau tak ape itu KUIM? Kolej Universiti Islam Antarabangsa Melaka..amek course Kaunseling, skang da semester 3 tapi perangai macam budak semester 1..hehe..ape2 pun kite tetap harus bersemangat walau ape pun yang berlaku..jangan mudah mengalah..walau orang anggap kiter salah tapi kiter tau kiter betul, itu cukup memadai kerana cuma kiter yang tahu siapa kiter sebenarnya..so, enjoy k!!